Carian
Apple Menghalang Teknik Yang Menggunakan Pengesahan Palsu Untuk Mengakses iMessage
December 10, 2023 Aman

Lanjutan daripada halangan terhadap aplikasi Beeper Mini, kini Apple mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan mereka telah mengambil langkah dalam menghalang beberapa teknik yang digunakan untuk menggunakan pengesahan palsu dalam mengakses iMessage.

Apple mengatakan teknik ini membuatkan data pengguna terdedah kepada masalah sekuriti dan privasi – termasuk akan boleh membutakan pengguna menerima mesej berbentuk spam serta terdedah kepada serangan siber yang lain.

Langkah ini juga diambil oleh Apple dalam memastikan pengguna mereka sentiasa terlindung dan tidak menjadi mangsa privasi dan sekuriti.

Apple sebelum ini telah menyatakan mereka akan menambah sokongan RCS untuk iPhone pada tahun hadapan. Selain itu, sekiranya anda masih memerlukan penggunaan iMessage, mungkin boleh mendapatkan iPhone berbanding menggunakan pelbagai aplikasi yang membawa kepada masalah sekuriti dan privasi.

Komen