Carian
Samsung Buka Kedai Mercu Di The Exchange TRX
December 10, 2023 Amy Maizuraa

Samsung hari ini melancarkan kedai mercu baharu di pusat beli-belah The Exchange TRX dalam usaha mengukuhkan asas perniagaan. Pada masa sama turut memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri pengalaman melihat koleksi produk yang ditawarkan.  

Gabungan konsep moden dan minimalis boleh dilihat pada dekorasi kedai ini, yang direka dengan beberapa bahagian meliputi ruangan produk dan perkhidmatan pelanggan. Selain itu wakil jualan yang bertugas juga akan bantu memberi informasi dan solusi berkaitan produk bagi memudahkan proses pembelian.

Bersempena dengan pelancaran itu, Samsung juga menyajikan pelbagai tawaran promosi dan diskaun dari semasa ke semasa. Antara yang menarik termasuk penjimatan sehingga RM2,100 untuk telefon pintar Galaxy dan RM650 pula untuk peranti boleh pakai Galaxy terpilih. Selain itu potongan RM200 akan diberikan untuk mana-mana pemegang kad CIMB dan RHB dengan perbelanjaan minimum RM3,000.

Menariknya lagi apabila pelanggan turut berpeluang memenangi sebuah televisyen pintar 65″ yang bernilai RM6,199 menerusi program cabutan bertuah yang berlangsung sehingga 31 Disember ini. Turut diberikan ialah Samsung 25W PD Adapter (bernilai RM79) secara percuma dengan pembelian minimum RM1,000.

Pastikan anda kunjungi kedai mercu ini yang bertempat di C.62.0 & C.63.0, Menara Exchange TRX, Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur bagi menikmati kesemua promosi ditawarkan.

Komen