Cari @ Amanz

Wise ialah sebuah perkhidmatan kewangan digital yang membolehkan anda untuk menyimpan matawang-matawang asing secara digital didalam sebuah aplikasi, dan anda boleh menggunakannya di luar negara tanpa masalah.

Apabila saya mendengari mengenai Wise beberapa tahun dahulu, saya melangganinya kerana musykil mengenai cara penggunaannya. Apabila saya mengetahui bahawa saya boleh menyimpan pelbagai jenis matawang di satu tempat dan membelanjakan wang tersebut tanpa perlu risau mengenai kadar pertukaran wang.

Malah, anda boleh menukar pelbagai jenis matawang sekaligus, dan kad debit Wise akan menukar matawang secara automatik apabila anda membelanjakan wang di negara-negara berbeza. Setakat ini, Wise dilihat menyokong lebih dari 40 matawang berbeza, dan kesemua matawang ini boleh disimpan dan digunakan tanpa sebarang masalah.

Malah, mendaftar untuk Wise juga tidaklah begitu sukar. Selepas mendaftarkan maklumat peribadi anda, anda hanya perlu membayar RM50 untuk Wise menghantar kad debit anda ke rumah anda. Setelah itu, anda boleh mengaktifkan kad debit ini menggunakan aplikasi anda, dan ia sedia digunakan selepas itu.

Baru-baru ini saya telah ke Dubai untuk sebuah acara klien, dan saya berkesempatan untuk menukar sekitar RM200 (~157 AED) sebagai wang perbelanjaan saya di negara tersebut. Dubai merupakan sebuah negara yang agak moden, jadi penggunaan kad debit dan kredit dilihat cukup meluas sekali di negara tersebut.

Tidak kira di restoran, kedai runcit ataupun pusat membeli-belah, saya tidak pernah menghadapi sebarang isu dalam menggunakan kad Wise saya untuk membuat sebarang pembayaran di lokasi-lokasi ini.

Malah, terdapat beberapa lokasi di Dubai dimana mesin gedegang mereka hadir dengan sokongan untuk kad debit dan kredit, dan saya dapat menggunakan kad Wise saya untuk membeli minuman di mesin-mesin ini tanpa masalah.

Seperti banyak aplikasi-aplikasi perbankan sekarang, aplikasi Wise juga akan menjejak setiap perbelanjaan anda, memastikan anda tahu berapa banyak baki wang anda ada dalam akaun Wise anda dan juga benda-benda yang anda beli.

Dalam pada itu, anda juga boleh menghantar wang kepada pengguna Wise yang lain dengan mudah melalui nombor telefon mereka yang dipautkan kepada akaun Wise, dan wang tersebut akan dihantar dalam sekelip mata sahaja.

Kad Wise adalah peneman yang saya tidak boleh tinggalkan apabila saya ke luar negara sekarang kerana ia bermakna bahawa saya kini tidak lagi berlu bergegas menukar wang tunai ke matawang luar negara dan mencari lokasi pertukaran matawang yang berbeza.

Malah, jika anda seorang pengguna peranti Apple, anda juga boleh memautkan kad Wise anda ke Apple Pay, dan anda boleh membuat pembayaran menggunakan peranti iPhone ataupun Apple Watch anda tanpa perlu mengeluarkan dompet dan kad debit. Ia juga boleh dipautkan kepada Google Wallet sekiranya anda menggunakan peranti Android.

Dengan Wise, mereka mempunyai kadar pertukaran matawang mereka sendiri dan ia mungkin bukan yang termurah, tetapi kadar tersebut masih lagi sangat berbaloi dan mesra pengguna. Malah, walaupun anda berada di luar negara, anda masih boleh menambahkan wang kedalam dompet digital anda dengan memindahkan wang dari akaun bank anda ke Wise melalui sambungan internet sahaja.

Kemudahan ini membolehkan anda menambah wang kecemasan secara mudah, tanpa perlu risau akan samada kedai menukar wang menerima matawang anda ataupun tidak. Setelah kembali ke tanahair, anda boleh menukar kembali matawang negara yang anda lawati ke Ringgit Malaysia dengan cepat dan mudah.

Jika anda seorang yang gemar melancong ke luar negara, tetapi tidak mahu dibebankan dengan banyak wang tunai yang sukar untuk disimpan dan dibawa kemana-mana, saranan kami ialah untuk mencuba Wise hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd