Carian
NVIDIA Mempertimbangkan Penggunaan Perkhidmatan Pembangunan Cip Intel Untuk Produk Mereka
December 11, 2023 Nazrin

NVIDIA kebelakangan ini telah melakukan banyak pergerakan dari segi ekonomi dan pengeluaran produk mereka, dengan pengumuman bahawa mereka akan membuka sebuah pusat data AI di Johor, sebuah kilang pembangunan GPU di Vietnam, dan terkini, mereka dilaporkan mahu bekerjasama bersama Intel untuk membangunkan cip pemprosesan grafik mereka.

Setakat ini, NVIDIA telah menggunakan khidmat TSMC dan juga Samsung untuk membangunkan cip-cip pemprosesan grafik mereka, dan laporan-laporan baru mengatakan bahawa NVIDIA mahu menggunakan Intel Foundry Services untuk membangunkan cip-cip grafik untuk kad grafik kelas pertengahan mereka.

Ini dilihat akan membantu NVIDIA dalam memenuhkan permintaan yang tinggi untuk kad-kad grafik mereka dan memastikan bahawa insiden dimana pasaran-pasaran tertentu tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan kad grafik.

Perkara ini dijawab oleh Colette Kress, Ketua Pegawai Kewangan di NVIDIA apabila menjawab pertanyaan seorang wartawan mengenai pelan syarikat tersebut untuk mengekang masalah bekalan cip syarikat tersebut.

Komen