Cari @ Amanz

Kerajaan dilihat terus memacu pelaksanaan inisiatif kecekapan tenaga melalui Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 4.0. Rebat digital sehingga RM400 ditawarkan melaluinya bagi pembelian barangan elektrik cekap tenaga. Sekaligus mampu mendidik rakyat mengenai kepentingan kemampanan persekitaran menerusi penjimatan tenaga.

Seperti sebelum ini rebat digital itu terpakai bagi pembelian penghawa dingin dan peti sejuk dengan label tenaga 4 atau 5 bintang. Penebusan juga dihadkan kepada satu akaun bil elektrik bagi peralatan elektrik yang dibeli pada tahun ini. Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah sama ada mengemukankan bil elektrik di kedai berdaftar di bawah program ini.

Sebagai pilihan turut boleh dibuat secara dalam talian melalui platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada, TikTok Shop dan PG Mall. Tempoh pelaksanaan program telah ditetapkan selama setahun yang bermula Disember 2023 hingga Disember 2024. Semak laman SEDA untuk maklumat lanjut berkaitan dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd