Carian
“iPhone 15”, “Honor X9b” Dan “Sumbangan Tunai Rahmah” Adalah Antara Carian Paling Popular Di Google Malaysia Pada 2023
December 11, 2023 Aman

Google Malaysia hari ini telah mengeluarkan senarai carian paling popular di enjin carian mereka sepanjang tahun 2023 ini. Dibawah perkongsian Google, ia dipecahkan mengikut beberapa kategori.

Dibawah kategori Berita, carian paling popular sepanjang 2023 ini di Google Malaysia adalah berkenaan dengan “Sumbangan Tunai Rahmah”, “Perang di Israel dan Gaza”, dan juga “Keputusan PRN”.

Sementara dalam kategori gajet, menduduki carian paling popular adalah iPhone 15, diikuti Honor X9b, Realme C53, Samsung S23 dan juga Redmi 12.

Selain ini, Google Malaysia turut mengeluarkan senarai carian popular untuk beberapa kategori lain, termasuk untuk sukan, filem, dan beberapa yang lain. Anda boleh menyemak senarai penuh melalui laman Google Year In Review hari ini.

Komen