Lazada Group kini mengumumkan mereka telah menerima suntikan dana pelaburan tambahan sebanyak $634 dariapda Alibaba baru-baru ini. Dana ini dijangka akan digunakan dalam terus bersaing bersama pelbagai syarikat edagang lain di rantau ini.

Di Asia Tenggara, arena edagang memperlihatkan persaingan diantara beberapa pihak, termasuk Lazada, Shopee, dan juga TikTok Shop – selain syarikat-syarikat tempatan di sesuatu negara berkenaan. Lazada yang pada dahulunya menerajui arena berkenaan dilihat kini mula menjadi hanya satu alternatif sahaja – sementara pengguna lebih berbelanja pada platform seperti Shopee dan TikTok Shop.
Dengan dana pelaburan ini, Lazada dijangka akan teruskan usaha dalam mendapatkan pengguna dan peniaga pada platform mereka, selain meningkatkan lagi promosi dalam memperluaskan pegangan pasaran mereka.