Huawei sedia memfokuskan arena automotif, dan telah bekerjasama dengan beberapa syarikat pengeluar kenderaan dalam menawarkan penyelesaian perisian dan sensor automotif mereka. Sebelum ini, Huawei sedia memindahkan bahagian kereta pintar ke sebuah syarikat baharu. Lanjutan daripadanya, kini ia dilaporkan Huawei telah menawarkan peluang kepada Mercedes Benz dan juga Audi untuk melabur pada syarikat baharu berkenaan.

Buat masa ini, perbincangan masih pada peringkat awal, dan Huawei menawarkan pegangan sekitar 3% ke 5% pada pegangan syarikat baharu berkenaan. Langkah Huawei menawarkan pegangan ke beberapa syarikat lain ini dilihat sebagai langkah strategik untuk memperluaskan kerjasama ke peringkat global, dan tidak terhad untuk jenama di China sahaja. Dengan terdapatnya juga pelabur luar, ia mungkin dapat mengelak Huawei mengalami kekangan dagangan seperti dialami bahagian telekomunikasi sebelum ini.
Apa pun, buat masa ini, tiada komen rasmi dikeluarkan, dan Mercedes Benz mengatakan ini adalah spekulasi pasaran semata-mata.