Cari @ Amanz

Blackberry mengumumkan pelantikan John Giamatte sebagai CEO baharu mereka berkuat kuasa serta mereta. Sebelum ini Giamatte memegang jawatan sebagai presiden perniagaan sekuriti siber syarikat selepas menyertai Blackberry pada tahun 2021. Beliau menggantikan John Chen yang meletakkan jawatan bulan lalu.

John Giamatte duduk di sebelah kanan

Turut diumumkan Blackberry tidak akan meneruskan rancangan memisahkan perniagaan sekuriti perniagaan dan internet benda yang telah diumumkan sebelum. Selepas berhenti mengeluarkan telefon pintar sendiri pada tahun 2016, lesen mengeluarkannya oleh pihak ketiga dihentikan tahun lalu. Blackberry kini menumpukan perhatian kepada perniagaan sekuriti khususnya untuk sektor perniagaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd