Studio Fntastic mengumumkan penutupan mereka hanya empat hari selepas melancarkan permainan video The Day Before di Steam. Permainan ini bermasalah sejak hari pertama dilancarkan dengan ratusan video menunjukkan isu sukar untuk mencari pelayar, pepijat yang merosakkan sesi permainan dan pelbagai ciri yang dijanjikan tidak ada pada permainan yang dijual.

Menurut Fntastic mereka tidak dapat meneruskan operasi kerana permainan gagal menjana pendapatan dan mereka perlu membayar semua kepada penghutang. Mereka turut berkata terdapat perancangan untuk memberikan tampalan kepada permainan pada asalnya tetapi telah dihentikan kerana operasi telah dihentikan. The Day Before kini tidak lagi boleh dibeli di Steam dan ia turut menerima lebih 20,000 ulasan yang majoritinya negatif.
Sejak dari hari pertama lagi pelbagai isu dilaporkan oleh pemain sehingga Fntastic melayan pelayar Discord rasmi The Day Before. Antara yang paling menimbulkan kemarahan pemain ialah yang dijanjikan ialah sebuah MMO tetapi The Day Before dilancarkan sebagai sebuah extraction shooter yang berlainan genre. The Day Before mendapat perhatian selepas treler yang menarik disiarkan di IGN dengan ia turut menjadi permainan video paling banyak dimasukkan ke dalam senarai Wish List di Steam.