Galaxy A25 5G telah ditemui tersenarai di laman web rasmi Samsung Vietnam. Ia menjadi kesinambungan untuk Galaxy A24 sebelum ini dengan beberapa peningkatan termasuk rangkaian 5G terbina. Masih mengekalkan reka bentuk umum yang sama cumanya lebih segar dengan ciri Key Island yang menawarkan cengkaman lebih selesa.

Untuk spesifikasi dalaman peranti ini dilengkapi skrin AMOLED 6.5″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana dengan cip lapan teras yang tidak didedahkan secara khusus, serta gabungan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri 5000mAh disertakan pula boleh dicas semula melalui port USB-C dan pengecasan 25W.

Turut disertakan ialah kamera utama 50MP OIS + 8MP + 2MP, swafoto 13MP, bicu audio 3.5mm, NFC dan pengimbas cap jari sisi. Sebanyak tiga pilihan warna disediakan yang termasuk biru, hitam dan kuning tanpa harga jualan disenaraikan buat masa ini.
- Sumber – Samsung Vietnam