Carian
Kabinet Bersetuju Untuk Peralihan Lesen Memandu Kenderaan Kepada Bentuk Digital
December 12, 2023 Aman

Kabinet kini secara dasarnya bersetuju dengan Kementerian Pengangkutan untuk menukar lesen memandu kenderaan yang digunakan pada masa kini, dalam bentuk digital. Walaubagaimanapun, tarikh pelaksanaan menyeluruh untuknya tidak dikongsikan lagi.

Pada hari ini, pengguna sedia boleh pautkan lesen memandu kenderaan pada aplikasi MyJPJ. Namun, ia masih atas dasar sukarela, dan lesen memandu kenderaan fizikal masih dikeluarkan ketika pembaharuan dilakukan.

Dengan perubahan baharu kelak, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah ia akan dilaksanakan. Perubahan ini dilihat selari dengan langkah mendigitalkan pelbagai perkara dalam memudahkan pengguna dan pengurusan, termasuk mengurangkan kos.

Komen