Carian
Ireland Kaji Perkenal Ciri Menyahaktifkan Algoritma Pada Platform Penstriman Video
December 12, 2023 Effi Saharudin

Menonton video pada platform penstriman pada waktu ini adalah pengalaman yang agak mengecewakan. Jika tersilap menonton satu video, secara tiba-tiba platform akan memberikan saranan menonton video-video dengan genre yang sama secara berulang kali. Algoritma yang digunakan platform penstriman video menyebabkan isu ini berlarutan sehingga ke hari ini. Coimisiún na Meán (Suruhanjaya Media Ireland) kini mula mengumpul maklum balas daripada orang ramai mengenai pengenalan ciri menyahaktifkan algoritma saranan video pada platform penstriman.

Penyahaktifkan ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan video yang tidak sesuai disarankan kepada penonton di bawah inisiatif Kod Keselamatan Atas Talian yang bakal diperkenalkan. Sebagai contoh kadang kala sekiranya mereka menonton video mengenai sesuatu penyakit, kadang kala video dengan fakta salah akan disarankan sehingga boleh mendatangkan kesan yang negatif. Ia turut diharap dapat mengelakkan isu penyebaran kandungan ekstrem khususnya di kalang kanak-kanak.

Selain memberikan kuasa pengguna menyahaktifkan algoritma sedia ada, penyedia perkhidmatan penstriman juga perlu memberikan ciri menetapkan semula algoritma di tangan pengguna. Ciri menetapkan semula algoritma sudahpun wujud di TikTok sementara YouTube pula mempunyai ciri tidak menyimpan sejarah tontonan yang terus mematikan saranan video di muka depan.

Komen