Cari @ Amanz

Wi-Fi Alliance baru-baru ini telah mengesahkan bahawa spesifikasi untuk teknologi IEEE 802.11be, atau lebih dikenali sebagai WiFi7 akan dimuktamadkan sekitar suku pertama pada tahun 2024 kelak.

Pengumuman ini diperlihatkan setelah sejumlah jenama pembuat kelengkapan WiFi telah memperlihatkan penawaran WiFi7 mereka sendiri menggunakan spesifikasi draf WiFi7 yang diperlihatkan oleh WiFi Alliance sendiri.

Menurut mereka, ini bukanlah satu masalah, kerana penaiktarafan dari draf WiFi7 ke WiFi7 rasmi hanya memerlukan satu kemaskini perisian, dan penghala-penghala WiFi7 sedia ada sudahpun boleh memanfaatkan teknologi internet nirwayar terbaru ini.

WiFi7 hadir dengan sokongan kelajuan internet sepantas 40Gbps (5GB/s) dan menyokon frekuensi-frekuensi 2.4GHz, 5GHz dan 6GHz dengan jarak rangkaian yang lebih jauh. Malah, dengan frekuensi 6GHz, WiFi Alliance mengatakan rangkaian WiFi 7 juga boleh digunakan untuk memanfaatkan teknologi seperti set realiti maya dan realiti gabungan nirwayar dengan nilai lengah masa yang rendah.

Ia dijangka bahawa kelengkapan rangkaian WiFi7 rasmi akan mula dijual sekitar pertengahan tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd