Cari @ Amanz

Black Shark S1 Pro dan S1 Classic mula disenaraikan di Malaysia dengan masing-masing berharga RM279 dan RM399 seutas. Sekiranya berminat anda boleh mendapatkannya menerusi kedai rasmi BlackShark di Lazada dan Shopee bermula hari ini.

Black Shark S1 Pro mempunyai rupa berkonsep tahan lasak dengan kerangka logam, dua butang fizikal dan tombol berputar. Sementara itu BlackShark S1 Classic nampak lebih santai bersama tiga butang kawalan pada sisi kanan.

Kedua-duanya juga berkongsi sebahagian besar ciri yang sama seperti skrin AMOLED 1.43″ dengan resolusi 466 X 466 piksel dan kadar segar semula 60Hz. Pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan terbina disediakan yang termasuk kebolehan memantau kadar degupan jantung.

Kemudian diikuti dengan lebih 100 mod sukan, kebolehan panggilan bluetooth, kalis air IP68 dan ketahanan bateri melebihi 10 hari. Pun begitu terdapat kelebihan pada BlackShark S1 Pro apabila menyokong pembantu maya dengan sokongan untuk ChatGPT.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd