Cari @ Amanz

Black Shark T9 ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga jualan RM129. Sekiranya berminat anda boleh mendapatkannya menerusi kedai rasmi Black Shark di Lazada dan Shopee bermula hari ini. Sebanyak dua pilihan warna disediakan yang terdiri dengan hitam dan putih.

Black Shark T9 merupakan fon telinga bertangkai separa terbuka bersama pod pengecas berbentuk bujur. Sepasang pemandu audio 13mm digunakan dengan sokongan pembatalan hingar elektronik (ENC) untuk panggilan lebih jelas. Kawalan sesentuh diberikan sepenuhnya dan bateri disertakan boleh bertahan sehingga 40 jam dengan bantuan pod pengecas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd