Cari @ Amanz

Jika anda seorang pelanggan internet jalur lebar Unifi, dan mahu merasai kenikamatan gaming awanan dengan internet pantas anda, Unifi hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan Blacknut Cloud Gaming untuk menawarkan gaming awanan di platform mereka.

Dinamakan Unifi Cloud Gaming, anda boleh menikmati penawaran lebih dari 500 permainan PC melalui Set Top Box New Unifi TV Box sedia ada anda untuk hanya RM35 sebulan tanpa sebarang kontrak. Jika anda mahukan, anda juga boleh melanggan dengan kontrak selama 24 bulan dan mendapatkan sebuah alat kawalan Logitech F710 untuk RM9 sebulan selama 24 bulan.

Pendaftaran untuk perkhidmatan gaming awanan Blacknut Cloud Gaming ini boleh dilakukan melalui portal Unifi Selfcare. Langkah-langkah mendaftar juga adalah mudah, dan selepas mendapat kod pengesahan daripada pihak Unifi, anda boleh mencipta kata laluan untuk akaun Blacknut Gaming, dan mula memainkan permainan-permainan kegemaran anda dari mana-mana pelayar web.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan Unifi Cloud Gaming anda boleh melayari laman FAQ mereka di sini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd