Carian
TMT Megastore di IOI City Mall Menawarkan Promosi Diskaun Sehingga 90% Sempena Jerayawara Akhir Tahun
December 12, 2023 Penulis Tamu

Di penghujung tahun ini, norma untuk tawaran promosi dari berbagai jenama telah menjadi satu kebiasaan yang dijangka setiap tahun. Sempena promosi hujung tahun, ramai orang berpusu-pusu untuk mendapatkan peranti yang diimpikan pada harga yang lebih berpatutan. Kebiasaannya, jenama ternama akan mengadakan tawaran eksklusif, diskaun besar atau pakej istimewa. 

Begitu juga dengan Thunder Match Technology (TMT), yang tidak ketinggalan untuk menawarkan pelbagai tawaran menarik sempena Jerayawara Akhir Tahun dari 13 hingga 17 Disember. Pelbagai peranti terpilih akan diberikan potongan harga seperti komputer riba, telefon pintar, aksesori telefon pintar dan sebagainya. Jika tidak pasti peranti apa yang anda patut dapatkan, ini adalah beberapa cadangan.

1. Potongan Harga Untuk Peranti Yang Dapat Tingkatkan Produktiviti Anda

Jika anda sedang mencari komputer riba untuk melaksanakan kerja-kerja digital, satu pilihan yang anda boleh pertimbangkan adalah Honor MagicBook 14 yang kini ditawarkan dengan potongan harga sebanyak RM2,500. Potongan harga ini sekaligus menjadikan harga komputer riba ini daripada RM5,099 kepada RM2,599 sahaja. Selain itu, terdapat juga Huawei MateBook 14s yang turut mendapat potongan harga sebanyak RM2,400, menjadikan harganya hanya RM2,599 berbanding RM4,999. Jika anda ada bajet lebih, anda boleh pertimbangkan Microsoft Surface Laptop Studio dengan harga RM4,199 berbanding harga asalnya RM8,599.

Bagi anda yang gemar melakukan kerja secara multi-tugas, anda boleh pertimbangkan MSI Gaming Monitor Optix ditawarkan dengan harga promosi RM699 berbanding RM999. Ini dapat membuka peluang kepada anda yang ingin memiliki monitor gaming yang berkualiti. Disamping itu, jika anda memerlukan mesin cetak, Canon Pixma MG2570s juga menawarkan potongan harga sebanyak RM110. Harga promosi yang ditawarkan kini hanya RM99 berbanding harga asal RM208. Tetapi, harga promosi ini hanya boleh didapati jika anda membelinya di Jerayawara Akhir Tahun TMT.

2. Telefon Pintar Berjenama Turut Mendapat Tawaran Promosi

Jika anda sudah lama inginkan peranti dari Samsung, anda boleh pertimbangkan Samsung Galaxy Z Flip 4 yang ditawarkan pada harga RM1900 berbanding harga asalnya RM4,099. Telefon pintar Samsung lain seperti Samsung Galaxy Z Fold 4 turut menerima potongan harga sebanyak RM3599. Dengan potongan harga di Jerayawara Akhir Tahun TMT ini, harga peranti menjadi RM3200 daripada harga asalnya iaitu RM6799.

Bagi peminat produk Apple, anda boleh dapatkan iPhone 12 64GB pada harga RM900 yang jauh lebih murah dari harga asalnya RM3899. Melalui jerayawara ini juga, ASUS ROG Phone 6 turut ditawarkan dengan harga RM1600. Telefon pintar Vivo V25 Pro 5G pula menerima potongan harga sebanyak RM1299, menjadikan harganya hanya RM1200. Tawaran ini tidak terhad kepada beberapa peranti ini sahaja, malah terdapat banyak lagi telefon pintar seperti jenama Xiaomi, Honor, Huawei, OPPO, dan lain lain. Oleh itu, jika anda mahu menggantikan telefon pintar yang lama, ini adalah masanya.

3. Promosi Untuk Peranti Elektronik Lain Melalui Jerayawara

Selepas membeli peranti, mestilah anda mahu dapatkan aksesori peranti yang sesuai untuk melengkapinya. Oleh itu, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis wayar pengecas daripada jenama seperti Innergie, Belkin, Verbatim, dan beberapa jenama lain. Aksesori dari jenama ini direka untuk menyokong peranti anda, menjadikannya lebih berdaya dalam kegunaan harian. Pelbagai jenis wayar pengecas ini ditawarkan dengan harga yang bermula dari RM3 hingga RM279. Dengan pelbagai harga ini, anda boleh memilih aksesori yang paling sesuai dengan bajet dan jenama yang anda inginkan.

Disamping itu, jika anda seorang yang gemar mendengar lagu, anda boleh dapatkan produk audio dari jenama Sony, Harman Kardon, Marshall, dan beberapa jenama lain. Produk audio dari jenama ini terdiri daripada fon telinga nirwayar, fon kepala nirwayar dan pembesar suara yang ditawarkan dengan harga bermula dari RM19 hingga RM949. Terdapat juga peranti pintar yang direka untuk meningkatkan keselasaan dan produktiviti di dalam rumah anda. Antara peranti pintar yang ditawarkan promosi semasa Jerayawara TMT ini adalah vakum mini, lampu LED, purifier udara dan banyak lagi. 

4. Pembayaran Secara Ansuran Untuk Pembelian Peranti Terpilih

Melalui jerayawara ini juga, anda berpeluang untuk membuat pembayaran secara ansuran selama 12 bulan bagi pembelian peranti yang terpilih. Ini bermakna anda boleh memilih untuk membayar jumlah pembelian anda secara berperingkat selama tempoh 12 bulan. Sebagai contoh, anda mahu dapatkan MSI Gaming Monitor Optix pada harga promosi iaitu RM699 melalui jerayawara ini. Jadi, anda boleh membayar secara berperingkat selama 12 bulan sehingga cukup jumlah pembelian tersebut. Ini dapat berikan anda kemudahan kewangan tanpa perlu membayar jumlah penuh secara sekaligus. Oleh itu, tawaran ini memberikan peluang kepada anda untuk memiliki peranti yang ditawarkan promosi mengikut kesesuaian bajet anda.

Kesimpulan

Kesimpulannya, jerayawara ini adalah peluang emas untuk anda mendapatkan peranti idaman dengan harga yang berpatutan kerana tawaran hebat seperti ini jarang berlaku. Oleh itu, inilah masanya untuk dapatkan peranti yang sudah lama anda cari seperti komputer riba, telefon pintar, dan peranti elektronik yang lain. Perlu diingatkan bahawa segala produk yang ditawarkan bagi promosi ini ditawarkan selagi stok masih ada. Jadi jika anda berminat, bolehlah kunjungi Jerayawara Akhir Tahun ini di TMT Megastore (IOI City Mall). Jerayawara ini akan berlangsung selama 5 hari, bermula dari 13 Disember hingga 17 Disember. Untuk dapatkan maklumat lanjut anda boleh mengikuti Facebook rasmi TMT.

  • Layari:

Penafian : Advertorial daripada Thunder Match Technology (TMT) Malaysia

Komen