Carian
Huawei MateBook D 16 Turut Dilancarkan Dengan Pemproses Intel Gen-13
December 13, 2023 Amy Maizuraa

Huawei MateBook D16 turut memasuki pasaran global pada hari ini bermula di Dubai. Masih mengekalkan reka bentuk umum yang sama cumanya lebih segar dengan tubuh yang ringan dan versatil untuk sebuah komputer riba bersaiz besar. Ia juga sesuai dijadikan pelengkap kegunaan kerja dalam kalangan golongan professional.

Berkongsi lebih lanjut komputer riba ini menggunakan skrin sebesar 16″ dengan resolusi 1920 X 1200 piksel. Sebagai tambahan ia juga menawarkan nisbah skrin-ke-badan mencapai 90%, nisbah aspek 16:10, sokongan gamut warna sRGB 100% dan kecerahan puncak 300nits.

Pilihan pemproses pula sehingga Intel Core i9-13900H bersama GPU Intel Iris Xe, memori 16GB RAM LPDDR4X dan storan 1TB NVMe PCIe SSD. Terdapat juga sejumlah fungsi yang mengintegrasikan AI terbina seperti AI Camera, AI Sound Effects dan Smart Voice. Kemudian turut dimuatkan dengan bateri 70Wh, sistem pengecasan 65W dan kamera web HD.

Pilihan I/O disediakan pula meliputi port USB-C, USB-A (USB 2.0), USB-A (USB 3.2 Gen 1) dan HDMI 1.4. Huawei juga mengesahkan bahawa komputer riba ini bakal memasuki pasaran Malaysia. Namun harga dan ketersediaan khusus masih dirahsiakan buat masa ini.

Komen