Carian
WhatsApp Mengumumkan Ciri Untuk Pin Mesej Pada Tetingkap Sembang
December 13, 2023 Aman

WhatsApp hari ini secara rasminya mengumumkan sokongan untuk pin mesej pada tetingkap sembang – sama ada dalam perbualan berkumpulan atau perbualan biasa dengan rakan-rakan. Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat, dan pengguna boleh pilih untuk pin sesuatu mesej untuk tempoh sama ada 24 jam, 7 hari atau 30 hari.

Melalui ciri pin akan sesuatu mesej, pengguna boleh lekapkan sesuatu mesej pada bahagian atas tetingkap, dan ia akan kekal untuk tempoh yang dipilih. Ini sekaligus akan memudahkan pengguna lain untuk mengikuti sesuatu mesej penting, dan tidak terlepas daripada melhatnya.

WhatsApp mengatakan pelbagai jenis mesej boleh dipinkan, termasuk teks, bancian, imej, emoji dan sebagainya.

Untuk pin sesuatu mesej, anda hanya perlu tekan seketika pada sesuatu mesej, dan memilih “Pin” pada menu. Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna WhatsApp seluruh dunia.

Komen