Carian
Rangkuman Aktiviti Tahunan PlayStation Wrap-Up 2023 Kini Boleh Diakses
December 13, 2023 Effi Saharudin

Apakah rangkuman aktiviti anda pada konsol PlayStation tahun ini? Jika anda ingin jawapannya, PlayStation Wrap-Up 2023 kini boleh diakses semua pengguna konsol keluaran Sony. Seperti tahun sebelumnya, ciri ini akan menunjukkan jumlah permainan, trofi, dan masa yang dihabiskan bersama permainan video.

Terdapat juga senarai lima permainan yang paling banyak dimainkan bersama statistik masa yang dihabiskan pada setiap permainan. Seperti Spotify Wrap, PlayStation Wrap-Up memberikan klasifikasi personaliti setiap pemain berdasarkan data permainan sepanjang 2023. Selepas menonton PlayStation Wrap-Up, pengguna boleh memuat turun laporan tahunan peribadi dalam bentuk grafik yang mudah dikongsi semula ke media sosial.

Untuk mengakses PlayStation Wrap-UP 2023 anda, sila ke pautan di bawah.

Komen