Cari @ Amanz

Samsung Galaxy A15 kini rasmi dengan dua variasi yang merangkumi LTE dan 5G. Kedua-duanya dilihat berkongsi sebahagian besar aspek dalaman yang sama dengan perbezaan pada cip pemproses. Melaluinya cip MediaTek Helio G99 digunakan pada Galaxy A14 LTE. Sementara itu versi 5G pula dijana oleh cip MediaTek Dimensity 6100+.

Ini dipadan pula dengan skrin Super AMOLED sebesar 6.5-inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Pilihan memori pula terdiri dengan 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Penawarannya bagaimanapun masih bergantung pada pasaran masing-masing.

Bateri 5,000mAh yang dimuatkan pula boleh boleh boleh dicas menggunakan port USB-C dan pengecasan pantas 25W. Lain-lain spesifikasi termasuk kamera utama 50MP + 5MP ultra-lebar + 2MP kedalaman, kamera swafoto 13MP dan menjalankan One UI 6.0.

Harga jualan di Vietnam bermula VND 4,990,000 (~RM967) untuk Galaxy A14 LTE kemudian meningkat kepada VND 6,290,000 (~RM1,219) untuk variasi 5G. Tiada butiran mengenai ketersediaan yang diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd