Carian
Topik Carian Paling Popular Google Sepanjang 25 Tahun Dijadikan Permainan
December 13, 2023 Effi Saharudin

Google menyambut ulang tahun mereka yang ke-25 tahun ini dan sepanjang tempoh suka abad ini mereka mempunyai senarai carian paling popular tahun demi tahun. Oleh itu sempena ulang tahun yang cukup bermakna ini, topik carian paling popular telah diubah menjadi permainan The Most Searched Playground seakan siri buka popular Where’s Wally.

25 ikon mewakili topik paling hangat dalam kategori muzik, seni & sains, permainan, budaya dan melancong perlu dicari dalam lautan ribuan objek di dalam Most Searched Playground. Antara yang perlu dicari ialah Taylor Swift, Ronaldo dan Menara Eiffel. Kami mencuba mencari kesemuanya tetapi pada ketika artikel ditulis masih belum berjaya.

Jika anda ingin menghabiskan masa terluang memerah otak dan menguji kemampuan mata mencari objek kecil, permainan The Most Searched Playground boleh diakses menerusi pautan di bawah.

Komen