Carian
MDEC, MYNIC Dan JPDP Akan Beroperasi Dibawah Kementerian Digital
December 13, 2023 Aman

Selari dengan pembahagian Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital semalam, kini ia dikongsikan tiga agensi yang akan beroperasi dibawah Kementerian Digital, iaitu MDEC, MYNIC dan juga Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

Sementara itu, operasi Digital Nasional Berhad masih belum diputuskan sama ada akan beroperasi dibawah Kementerian Digital atau Kementerian Komunikasi. Keputusan berkaitan dengannya dijangka diputuskan dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri telah menyatakan pembahagian kedua-dua Kementerian ini adalah selari dengan permintaan untuknya yang semakin meningkat dan memerlukan fokus lebih baik – terutamanya untuk komunikasi, serta dengan fokus untuk ke arah digitalisasi.

Kita mungkin mendengar lanjut berkenaan dengan Kementerian Digital dalam hari-hari akan datang ini.

Komen