Carian
SKMM, MyCreative Ventures Dan JKOM Beroperasi Dibawah Kementerian Komunikasi
December 13, 2023 Aman

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini berkongsi agensi-agensi yang akan kekal dengan Kementerian Komunikasi, dan beberapa agensi yang akan dipindahkan kepada Kementerian Digital.

Dibawah pembahagian Kementerian ini, antara agensi yang akan kekal dibawah Kementerian Komunikasi adalah Bernama, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran (termasuk RTM), FINAS, SKMM, MyCreative Ventures, dan juga penambahan baharu adalah JKOM.

Sementara agensi MYNIC, MDEC dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi akan dipindahkan ke Kementerian Digital. Keputusan berkaitan Digital Nasional Berhad pula dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

Dengan langkah pembahagian ini, ia sekaligus akan memudahkan lagi fokus kementerian, selari dengan langkah mendigitalisasikan Malaysia.

Komen