Instagram dilihat terus menambah baik fungsi sedia ada dalam usah meningkatkan kualiti aplikasi. Ini termasuklah aspek privasi dan keselamatan sewaktu menggunakan platform tersebut untuk berkomunikasi khususnya.

Misalnya terkini ia sedang menguji kebolehan mengawal siapa yang boleh melinat jumlah like pada siaran termasuk Reels. Sebanyak empat pilihan tetapan disediakan sama ada boleh diakses oleh semua, orang tertentu, rakan terdekat atau langung tidak dibenarkan.
Ini bermakna pengguna akan lebih bebas menyesuaikan tetapan privasi masing-masing mengikut corak audien dimahukan. Pada masa sama meningkatkan pelindungan privasi peribadi. Masih belum jelas mengenai ketersedian namun ia semestinya antara salah satu ciri yang bermanfaat jika digunakan dengan sebaiknya.