Cari @ Amanz

Kamera Sony A9 III kini boleh dipratempah di Malaysia dengan harga jualan RM29,299. Anda yang berminat boleh berbuat demikian bermula hari ini sehingga 7 Januari 2024 dengan hadiah berupa kad memori CEA-G80T bernilai RM989 dan bateri NP-FZ100 (bernilai RM402) yang diberi percuma. Pembelian bersama lensa SEL300F28GM pula didatangkan dengan memori CEA-G160T (bernilai RM1,889) secara percuma.

Kamera ini dilengkapi sensor 24.6MP CMOSD dengan sistem penstabilan 5 paksi IBIS dan cip pemproses imej BIONZ XR terkini. Kemampuan video pula sehingga sehingga 4K 120 FPS tanpa suntingan, sementara itu 4K60FPS pula apabila disunting daripada rakaman 6K. Ini termasuklah pilihan untuk rakaman 10-bit 4:2:16-bit, di samping sokongan untuk mod Cinetone iaitu S-Cinetone dan S-Log3.

Dengan pengatup global terbina pula membolehkan kamera merakam pada kelajuan sehingga 120fps tanpa masalah. Oleh itu isu rolling shutter yang menghantui sensor kamera digital diselesaikan. Di samping kamera juga menawarkan julat ISO 250-25600 yang boleh diperluaskan kepada ISO 125-51200 dan sistem autofokus dikuasi AI.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd