Threads tidak seperti X/Twitter menggunakan protokol ActivityHub yang sama seperti Mastodon dan Friendica. Kerana penggunaan protokol yang sama, Mark Zuckerberg mengatakan Threads kini menguji membenarkan kandungan mereka dipaparkan juga pada perkhidmatan lain yang menggunakan ActivityHub seperti Mastodon.
Dengan ini pengguna Threads boleh mengikuti pengguna di Mastodon dalam aplikasi yang sama. Pada waktu ini ia masih lagi di peringkat ujian menurut Zuckberg dan Mosseri dalam dua hantaran mereka di Threads pagi ini. Ini ialah kelebihan protokol ActivityHub kerana ia membenarkan pengguna bebas menggunakan klien yang digemari untuk menikmati perkhidmatan yang sama di masa depan.