Cari @ Amanz

Berapa ramai di kalangan pembaca meminati siri animasi dan permainan Pokemon? Sebagai peminat tegar mungkin ada yang sedikit cemburu apabila kerangka Pokémon Eco Friends Buds Cover untuk siri Galaxy Buds hanya ditawarkan di Korea Selatan. Berita baik ialah kerangka yang comel ini sudah boleh dibeli di Malaysia pada harga RM169.

Kerangka Pokémon Eco Friends Buds Cover di Malaysia ini hanya ditawarkan dalam warna biru dan putig sahaja. Setiap kerangka berbentuk bulat dan kelihatan mirip sebuah Pokeball sebenar serta mempunyai tali pemegang terbina.

Sempena pelancarannya di Malaysia, Samsung kini memberikan Pokémon Eco Friends Buds Cover secara percuma kepada pembeli Buds FE sehingga 31 Disember 2023. Kerangka ini boleh digunakan oleh semua fon telinga siri Galaxy Buds seperti Buds2, Buds2 Pro, Buds Pro dan Buds Live yang hadir dalam pod simpanan berbentuk empat segi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd