Carian
Apple Kini Menjual Bekas Pengecas AirPods Pro Dengan Sokongan USB-C Secara Berasingan
December 14, 2023 Aman

Apple kini telah mula menawarkan satu lagi aksesori khusus untuk pengguna AirPods Pro, iaitu bekas pengecas AirPods Pro dengan sokongan USB-C. Bekas ini dijual secara berasingan, sekaligus membolehkan anda memindahkan putik telinga anda kepada bekas dengan sokongan pengecas USB-C.

Dengan langkah ini juga, anda tidak perlu membeli set penuh AirPods Pro baharu. Anda boleh berjimat dengan menggunakan fon telinga sedia ada, dan hanya membeli kerangka baru sahaja.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan kerangka AirPods Pro dengan sokongan USB-C ini pada harga RM449 di Malaysia, dengan tarikh penghantaran adalah pada awal Januari 2024 kelak.

Komen