Carian
Razer Dan Lexus Memperlihatkan Konsep Kereta “Gaming”
December 14, 2023 Aman

Razer, salah satu jenama yang tidak asing bagi ramai peminat permainan video, kini bekerjasama dengan pihak Lexus untuk hadir dengan sebuah kereta konsep dengan integrasi kemudahan bermain permainan video di dalamnya.

Projek khas ini dibangunkan sekadar dalam memperlihatkan konsep kenderaan yang mengintegrasikan pelbagai sistem permainan di dalamnya.

Kereta yang dinamakan sebagai Razer Lexus TX ini. Ia menyertakan empat kerusi Razer Iskur dalam memberikan keselesaan untuk bermain permainan video di dalam kenderaan. Ia juga turut menyertakan panel paparan khusus yang menghubungkan ke sistem permainan, sistem pencahayaan LED, selain sokongan audio yang diubah-suai.

Bahagian luaran kereta juga turut diubah-suai dengan elemen-elemen popular Razer, termasuk LED berwarna hijau.

Untuk anda yang berminat, pihak Lexus menerbitkan tiga episod berkaitan dengan pembangunan kereta “gaming” ini, yang boleh ditonton semua hari ini.

Komen