Cari @ Amanz

Elon Musk pada hari ini sedia menerajui beberapa syarikat, termasuk Tesla dan juga X (yang dulunya dikenali sebagai Twitter). Tidak dengan hanya itu, kini Elon Musk merancang untuk membuka sebuah universiti di Austin.

Melalui pemfailan cukai untuk yayasan baru dinamakan The Foundation, Elon Musk akan memberikan dana sebanyak $100 juta untuk membangunkan sekolah rendah dan menengah memfokuskan kepada STEM.

Setelah ia mula beroperasi, ia dirancang untuk diperluaskan untuk membangunkan sebuah universiti. Universiti berkenaan dijangka akan menyertakan kurikulum tradisional, tetapi turut menyertakan pengalaman pembelajaran berbentuk simulasi, kajian kes, projek rekaan dan makmal.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan bilakah universiti ini akan dibuka secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd