OpenAI kini akhirnya membuka kembali akses untuk melanggan ChatGPT Plus – selepas menghentikan ia untuk seketika beberapa minggu sebelum ini.
Sebelum ini, pihak OpenAI telah memperkenalkan keupayaan untuk sesiapa sahaja membangunkan dan menghubungkan chatbot tersendiri yang dikuasakan GPT – sekaligus membolehkan pembangun membangunkan bot dengan akses kepada sesuatu data khusus, atau dibangunkan dengan tujuan khusus. Sejak daripadanya, permintaan langganan untuk ChatGPT Plus meningkat mendadak.
ChatGPT Plus ditawarkan pada harga langganan $20 sebulan, yang memberikan akses kepada GPT-4, selain sokongan Dall-E 3 melaluinya. Bagi anda yang berhasrat melanggan ChatGPT Plus, boleh melakukannnya hari ini melalui laman rasmi ChatGPT.