Cari @ Amanz

Jumlah kes baharu Covid-19 di Malaysia meningkat ke hampir 13,000 pada minggu lalu yang menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu sebelumnya. Melihat situasi semasa, Kementerian Kesihatan Malaysia kelak akan mengeluarkan arahan mengenai suntikan dos penggalak baharu untuk vaksin Covid-19 dalam masa terdekat.

Vaksin Cucuk

Dos penggalak ketiga ini akan memberikan keutamaan kepada golongan warga emas dan yang mempunyai komorbiditi kerana mereka lebih berisiko berbanding golongan lain. Kali terakhir dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan di Malaysia ialah pada pertengahan tahun lalu. Jumlah kes baharu Covid-19 meningkat semula di seluruh dunia kerana keberkesanan vaksin yang semakin berkurangan serta orang ramai tidak lagi mengamalkan pemakaian pelitup muka seperti di peringkat awal pandemik.

Sebelum ini terdapat laporan KKM sedang mempertimbangkan menawarkan dos penggalak vaksin bivalen yang lebih berkesan menentang varian semasa. Selepas pertukaran pentadbiran tiada berita terkini mengenainya diumumkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd