Carian
Pengguna Di Malaysia Kini Boleh Mengakses AI Grok Melalui Platform X
December 14, 2023 Aman

Elon Musk sedia menubuhkan syarikat khusus memfokuskan pembangunan kecerdasan buatan, dinamakan xAI. Produk pertama dibawahnya adalah Grok – yang mana berfungsi dalam bentuk chatbot lebih kurang sama seperti ChatGPT. Namun, salah satu kelebihannya adalah akses kepada data dan info masa-nyata, hasil integrasi data platform X (atau Twitter).

Grok sebelum ini diperkenalkan secara terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Dan kini, akhirnya pengguna Malaysia turut sudah boleh menggunakan perkhidmatan Grok ini.

Untuk mengaksesnya, anda perlu melanggan X Premium+ yang berharga RM70 sebulan, dan seterusnya boleh mengakses bot Grok ini melalui web atau aplikasi mudah-alih.

Dengan penawaran ini, adakah anda akan melanggan X Premium+ untuk menggunakan Grok? Atau akan lebih selesa dengan ChatGPT Plus pada harga sekitar RM94, atau Google Bard yang ditawarkan percuma?

Komen