Hari ini telah kami laporkan yang Instagram Notes kini menyokong perkongsian video 2 saat. Pada masa yang sama, pengguna di Amerika Syarikat turut boleh menggunakan ciri mengubah latar belakang pada sesuatu gambar dengan AI generatif untuk dikongsi pada Stories.
Ciri ini dinamakan sebagai Backdrop, di menu tekan sahaja ikon baharu yang terpapar sebelum berkongsi gambar di Stories dan masukkan prom. Instagram kemudian akan menyertakan beberapa gambar pilihan untuk dikongsi. Selepas imej berjaya dikongsi akan ada pelekat Try it untuk pengikut turut mencubanya.
Buat masa ini, Backdrop masih terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja dan tidak pasti bila ia akan ditawarkan kepada semua pengguna termasuk di Malaysia.
- Threads – Ahmad Al-Dahle