Cari @ Amanz

Beberapa kajian terkini daripada Oxford mendapati media sosial dan internet tidak mendatangkan sebarang impak negatif kepada penggunanya. Tetapi idea bahawa media sosial adalah berbahaya masih dipercayai orang ramai. Kerajaan UK kini dalam proses mempertimbangkan untuk menghadkan media sosial ke atas pengguna bawah 16 tahun termasuk mengharamkan terus menurut laporan Bloomberg.

Kerajaan UK akan memulakan proses mengumpul maklum balas pada Januari depan daripada pelbagai pihak. Pengumpulan maklumat ini dilakukan selepas UK meluluskan Akta Keselamatan Atas Talian (Online Safety Act) yang meningkatkan tanggung jawab ke atas syarikat yang menawarkan perkhidmatan kepada pengguna bawah umur.

Selain mengharamkan penggunaan, memberi ibu bapa atau penjaga ciri mengawal media sosial milik pengguna bawah 16 tahun juga turut dipertimbangkan. Pengumpulan maklum balas masih lagi di peringkat awal pada ketika ini dan ia mungkin tidak akan diteruskan.

Beberapa tahun yang lalu China mengeluarkan arahan platform menghadkan masa permainan kanak-kanak bagi mengelakkan ketagihan yang menerima reaksi negatif dari negara-negara Barat yang mengatakan ia kawalan melampau. Ironinya kini negara barat juga memulakan usaha melakukan kawalan yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd