Carian
Xiaomi 14 Pro Mungkin Terhad Untuk Pasaran China Sahaja
December 15, 2023 Fahim Zahar

Xiaomi 14 dan 14 Pro telah pun dilancarkan di China dua bulan lalu dengan sistem operasi HyperOS, cip Snapdragon 8 Gen 3 serta kamera Leica. Peranti ini dijangka akan tiba untuk pasaran global sekitar suku pertama tahun 2024. Tetapi pengguna Malaysia, mungkin tidak akan dapat membeli Xiaomi 14 Pro secara rasmi.

Laman Xiaomiui mendedahkan Xiaomi hanya menguji HyperOS versi global untuk Xiaomi 14 sahaja. Biasanya jika sesebuah peranti Xiaomi akan dilancarkan untuk pasaran global, ROM global akan diuji terlebih dahulu. Ini petanda awal Xiaomi 14 Pro tidak ke pasaran global.

Ini adalah langkah yang lebih kurang sama dengan Xiaomi 12 Pro yang terhad untuk China sahaja. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, Xiaomi mungkin akan menundakan pelancaran 14 Pro versi global atau hanya akan menawarkan 14 Ultra sahaja nanti. Sama-sama kita nantikan.

Komen