Carian
Realme C67 5G Kini Rasmi – Skrin 120Hz, Cip Dimensity 6100+ Dan Kamera 50MP
December 15, 2023 Amy Maizuraa

Realme C67 5G dilancarkan secara rasmi sekaligus melengkapkan lagi segmen peranti berkenaan. Dari aspek rekaan peranti mempunyai persamaan dengan Realme 11X 5G. Di mana tubuh rata sepenuhnya digunakan bersama bonggol kamera berbentuk bulat di belakang. Ia juga tersedia dalam dua pilihan warna seperti Sunny Oasis dan Dark Purple.

Untuk spesifikasi peranti dilengkapi skrin LCD 6.72″ beresolusi FHD+ dna kadar segar semula 120 Hz. Ini digabung pula dengan cip MediaTek Dimensity 6100+, memori 6GB RAM dan storan 128GB terbina. Bateri 5000mAh disertakan dengan sistem pengecasan pantas 33W. Selain itu kamera utama 50MP + 2MP dan swafoto sebesar 8MP turut melengkapinya.

Harga jualan di India bermula ₹13,999 (~RM783) (4/128GB) dan ₹14,999 (~RM839) (6/128GB). Ia turut didapati tersenarai di SIRIM memberi petanda boleh ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat.

Komen