Ciri komunikasi satelit apabila tiada rangkaian selular atau WiFi sudah menjadi standard pada iPhone sejak setahun lalu. Pada Android ia terhad kepada beberapa model keluaran Huawei dan Motorola. Bermula tahun depan, Samsung dan Oppo juga akan menawarkannya.

Menerusi maklumat yang tertiris hari ini, siri Samsung Galaxy S24 dan Oppo Find X7 Ultra dikatakan akan menyokong sistem komunikasi satelit. Tangkapan layar antaramuka siri Galaxy S24 menunjukkan ia boleh menghantar SMS ketika kecemasan. Pada Oppo Find X7 Ultra, ciri sama juga disokong tetapi tidak pada Find X7 dan Find X7 Pro.
Ciri komunikasi satelit ketika kecemasan ini kemungkinan besar akan bergantung kepada pasaran. Setahun selepas ciri ini diberikan kepada iPhone, Apple belum menawarkannya di Malaysia. Huawei juga hanya menawarkannya kepada pelanggan di China sahaja.