Honor kini membuat kejutan dan mengumumkan kerjasama dengan “Porsche Design”, sekaligus berkongsi mengatakan produk pertama dibawah kerjasama ini akan hadir pada Januari 2024 kelak. Mengikut spekulasi awal, telefon pintar pertama yang dijangka diperkenalkan dibawah kerjasama ini adalah Honor Magic6 Porsche Design.

Untuk makluman, sebelum ini pihak BlackBerry dan Huawei pernah bekerjasama dengan Porsche Design, sekaligus menawarkan produk mereka yang dikategorikan mewah dibawah penawaran masing-masing.
Dengan kerjasama baharu ini, kita mungkin melihat beberapa produk mercu baharu Honor akan turut hadir dengan piliha Porsche Design kelak.
Sama-sama kita nantikan perkembangan ini, dan bagaimana ia akan memberikan impak kepada penjenamaan global Honor yang akan memperlihatkan orang memandang lebih tinggi terhadap jenama berkenaan.