Aplikasi Instagram telah dikemaskini dengan ciri baharu yang membolehkan pengguna mencipta templat sendiri untuk dikongsi bersama. Dinamakan sebagai Add Yours Templates, ia diumumkan secara global sejak semalam dan boleh diakses menerusi ruang stories.
Penggunannya mudah dengan hanya klik pelekat Add Yours Templates pada ruang stories. Kemudian tambah sebarang butiran menarik yang dimahukan pada templat, atau sebagai pilihan boleh juga klik pada ikon dadu kecil di bahagian bawah untuk akses templat sedia ada. Sebaik sahaja selesai menambah teks, GIF atau imej yang menarik, templat tersebut boleh dimuatnaik seperti biasa dan digunakan oleh orang ramai.
Fungsi ini sebenarnya tidak jauh berbeza dengan ciri Add Yours yang ditawarkan sebelum ini. Di mana stories yang telah dimuatnaik akan menjadi templat dan boleh digunakan secara bebas oleh pengikut lain tanpa kebolehan untuk mengubah.
- Sumber – Adam Mosseri