Cari @ Amanz

Perkembangan seterusnya pada rekaan komputer ialah rekaan senibina cip seakan otak manusia. Cip neuromorfik seakan otak manusia ini sudah dibangunkan oleh Samsung, Intel dan IBM. Minggu lalu superkomputer DeepSouth diumumkan oleh Western Sydney University dengan ia adalah yang pertama dengan kemampuan memproses pada skala otak manusia sebenar.

Ia boleh melakukan 228 trilion operasi sinaptik sesaat seperti neuron otak manusia. Otak manusia boleh melakukan pemprosesan 1 Exaflop sesaat dengan hanya menggunakan 20W kuasa. Ini adalah penggunaan kuasa yang jauh lebih rendah berbanding superkomputer Frontier yang dilengkapi lebih ribuan CPU dan puluhan ribu GPU.

Komputer neuromorfik DeepSouth dibina khusus untuk mencari jalan mengurangkan penggunaan kuasa pada superkomputer masa hadapan. Ia turut boleh digunakan sebagai simulator otak manusia bagi melatih kecerdasan buatan (AI). Western Sydney University bekerjasama dengan Intel dan Dell bagi membina DeepSouth yang akan beroperasi April 2024.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd