Carian
BenQ Zowie XL2546X Dan XL2586X Dilancarkan Dengan Kadar Segar Semula Hingga 540Hz
December 18, 2023 Amy Maizuraa

BenQ Zowie XL2546X dan XL2586X telah dilancarkan secara rasmi sebagai dua monitor gaming baharu. Ia mempunyai pilihan kadar segar semula 240Hz pada XL2546X dengan skrin sebesar 24.1″. Sementera itu kadar segar semula pula 540Hz pada XL2586X yang bersaiz 24.5″.

Sebagai tambahan, ia juga menampilkan skrin FAST-TN berteknologi DyAc+ dengan resolusi 1920 x 1080 piksel, nisbah kontras 1,000:1 dan nisbah aspek 16:9. Sokongan XL Setting to Share turut disertakan yang membolehkan memudahkan pemilihan mod warna secara automatik sewaktu permainan.

Dalam masa sama juga boleh disambungkan ke konsol PlayStation 5 atau Xbox Series X/S dengan kadar segar semula maksimum 120Hz. Pilihan I/O pula meliputi 2 X HDMI 2.0, DP 1.4 dan bicu audio 3.5mm, selain ketinggian monitor juga boleh diubah mengikut kesusuaian pengguna.

Harga jualan bermula $499.99 (~RM2,341) dengan ketersediaan pada Februari akan datang tetapi belum ada butitan mengenai penawarannya di Malaysia buat masa ini.

Komen