Selepas ditemui menerusi SIRIM, kini kehadiran siri Vivo X100 5G mula diacah secara rasmi. Peranti ini merupakan kesinambungan untuk siri Vivo X90 yang dipasarkan sebagai peranti kelas mercu dengan fokus fotografi mudah alih yang baik. Seterusnya turut ditambahbaik supaya boleh menjadi penanda dan kayu ukur baharu dalam segmen tersebut.
Butiran lanjut mengenai tarikh pelancaran tidak diperlihatkan secara langsung. Namun semakan kami menerusi laman web rasmi mendapati ia boleh diadakan pada 3 Januari 2024 bermula jam 3 petang. Turut diperlihatkan adalah peranti kelak boleh disediakan dalam kemasan warna hitam dan biru.
Persoalan utama kini semestinya tertumpu pada spesifikasi dalaman yang masih belum didedahkan secara jelas. Seperti biasa sama-sama nantikan kemaskini lebih lanjut daripada Vivo Malaysia berhubung perkara ini.
- Sumber – Vivo Malaysia