Carian
KKM: Vaksin Untuk Dos Penggalak Sedia Ada Mencukupi, Vaksin Baru Masih Dalam Proses Perolehan
December 18, 2023 Nazrin

Kementerian Kesihatan Malaysia baru sahaja mengadakan sidang media mengenai peningkatan kes wabak COVID-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini. Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia menasihati orang ramai supaya mengamalkan pemakaian penutup muka dan membasuh tangan khususnya apabila di luar untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak tersebut.

Untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan komorbiditi dan menghidapi COVID-19, Datuk Seri Dr Dzulkefly juga menyarankan mereka untuk ke klinik kesihatan untuk mendapatkan ubat Paxlovid untuk mengurangkan risiko sakit kronik akibat wabak tersebut.

Apabila ditanya mengenai bekalan vaksin untuk dos penggalak COVID-19, Datuk Seri Dr Dzulkefly mengatakan bahawa buat masa ini, dos yang ada dalam inventori KKM adalah mencukupi untuk mendapatkan dos penggalak tersebut.

Malah, beliau mengatakan lagi bahawa kini, jika rakyat Malaysia mahu mendapatkan dos penggalak tersebut, mereka hanya perlu ke Klinik Kesihatan kerajaan untuk mendapatkannya, walaupun beliau tidak memberi maklumat khusus tentang lokasi-lokasi manakah yang mempunyai simpanan dos penggalak ini.

Menjawab satu lagi soalan mengenai penerimaan vaksin Pfizer yang dikemaskini untuk varian Omicron dan Delta, Datuk Seri Dr Dzulkefly turut mengatakan bahawa 2.7 juta dos vaksin yang baru tersebut (vaksin bivalen) masih lagi sedang berada dalam proses perolehan dan ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan tiba di sini.

Komen