Cari @ Amanz

Amazfit Active Edge dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada hari ini. Ia dijual pada RM599 seutas dengan pilihan warna Lava Black, Midnight Pulse dan Mint Green. Ketersediaan pula bermula 22 Disember akan datang menerusi pengedar sah Amazfit di seluruh Malaysia.

Untuk spesifikasi ia dilengkapi skrin AMOLED sebesar 1.32″ dengan resolusi 260 X 360 piksel. Turut disertakan adalah sensor kesihatan dan kecergasan terbina yang meliputi kadar degupan jantung, SpO2 dan tekanan masa nyata.

Lebih 130 mod sukan terbina juga dimuatkan dengan tujuh daripadanya boleh dikesan secara automatik. Dalam masa sama, jam tangan juga boleh bertahan sehingga 16 hari penggunaan dan melepasi penarafan kalis air 10ATM.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd