Carian
TikTok Kini Menyokong Tablet Dan Peranti Skrin Boleh-Lipat
December 19, 2023 Effi Saharudin

Aplikasi TikTok telah dikemaskini dengan ia akhirnya boleh digunakan dengan lebih serasi pada tablet dan peranti skrin boleh-lipat. Pada kedua-dua peranti ini, TikTok menyokong ia digunakan pada orientasi menegak dan juga melintang.

Palang navigasi juga telah dioptimasikan supaya pengguna lebih mudah mengakses pelbagai butang yang dipaparkan. Terdapat pilihan navigasi di bahagian atas dan bawah skrin. Video juga dipaparkan dengan lebih baik pada skrin yang lebih besar. Dengan versi terkini ini, pengguna dengan skrin lebih besar akhirnya boleh menikmati TikTok tanpa terasa mereka sekadar menggunakan aplikasi telefon biasa yang dibesarkan sahaja.

Komen