Carian
Xiaomi HyperOS Versi Global Akan Diedarkan Bermula Q1 2024
December 19, 2023 Amy Maizuraa

HyperOS diumumkan pada Oktober lalu sebagai sistem operasi baharu yang akan digunakan pada pelbagai peranti keluaran Xiaomi. Bukan hanya telefon telefon pintar sahaja tetapi juga meliputi jam tangan, televisyen dan peranti berhubung lain.

Berkongsi lanjut Xiaomi telah mengeluarkan senarai peranti yang akan menerima HyperOS versi global bermula Q1 2024 kelak. Proses kemaskini OTA untuk peranti global akan bermula dengan lapan peranti terlebih dahulu sebelum diberikan kepada yang lain secara berperingkat. Antara peranti yang disenaraikan termasuk Xiaomi 13 Ultra, Xiaomi 13 Pro, Xiaomi 13, Xiaomi 13T Pro, Xiaomi 13T, Redmi Note 12, Redmi Note 12S dan Xiaomi Pad 6.

Dalam kemaskini berbeza Poco F5 turut disahkan akan menjadi peranti Poco global terawal yang akan menerima kemaskini berkenaan. Masih belum jelas mengenai ketersediaan khusus namun Poco diakatakan akan berkongsi lanjut dalam masa terdekat.

Komen