Carian
U Mobile Umum Kerjasama Dengan TIME – Tawar Pakej Jalur-Lebar 100Mbps Bermula RM79 Sebulan
December 19, 2023 Aman

Selepas CelcomDigi mengumumkan kerjasama dengan pihak TIME sebelum ini, hari ini U Mobile membuat kejutan dengan mengumumkan kerjasama dengan pihak TIME dot Com. Dengan langkah ini, kawasan liputan untuk jalur-lebar berkelajuan tinggi dibawah pakej U Mobile lebih luas berbanding sebelum ini.

Selari dengan pengumuman kerjasama ini, pihak U Mobile turut mengumumkan kemaskini pada harga penawaran pakej jalur lebar U Home Fibre. Berikut merupakan harga pelan jalur-lebar berkelajuan tinggi baharu dibawah U Mobile:

  • 100Mbps – RM99 sebulan
  • 300Mbps – RM139 sebulan
  • 500Mbps – RM139 sebulan
  • 1Gbps – RM289 sebulan

Selari dengan promosi pengenalan baharu ini, U Mobile turut menawarkan rebat RM20 selama 24 bulan, bagi mereka yang melakukan pendaftaran pelan baharu ini sebelum 31 Mac 2024. Ini sekaligus menjadikan pelan 100Mbps berharga RM79 sebulan – antara yang termurah di pasaran.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman U Home Fibre hari ini.

Komen